Perbezaan paling ketara waktu dulu dan sekarang ialah semestinya teknologi. Semakin lama semakin mudah untuk kita mengurus segala perkara dengan adanya Internet. Semuanya boleh dibuat dengan 1 klik saja terutamanya bila kita ingin berbisnes.

cara-menjadi-sales-yang-sukses

Persoalannya, betul ke boleh berniaga di media sosial je?Untung ke?

Emily Copp memberitahu 10 kelebihan yang kita akan dapat bila melakukan sosial media marketing menggunakan Hootsuite.

  • Mengetahui pandangan pelanggan

Media sosial mempunyai data pengguna yang sangat meluas. Dari situ kita boleh tahu apa yang mereka suka, dan pendapat mereka terhadap produk kita. Hootsuite Insights, membolehkan kita mengumpul maklumat seperti mencari perbualan yang berlaku di sekeliling produk kita dan melalukan perubahan yang perlu.

  • Meningkatkan “brand awareness” dan kesetiaan pengguna

Ia memudahkan kita untuk berhubung dengan pengguna dan juga akan meningkatkan ‘fan base’kita. Melalui tool Connect di dalam Hootsuite(virtual conference), kita boleh belajar bagaimana untuk berbisnes menggunakan media sosial pada setiap peringkat mula dari perjalanan,penglibatan dan ‘brand awareness’.

  • Menjalankan ‘targeted ads’ dengan hasil yang optimum

Iklan di laman sosial boleh dikatakan kaedah yang tidak terlalu mahal untuk mempromosikan perniagaan kita. Kita juga diberi pilihan untuk mencapai ‘audience’ yang betul. Contoh, Jika kita menjalankan iklan di Facebook, kita boleh pilih berdasarkan lokasi, demografi , minat dan tingkah laku.

  • Meningkatkan sales

Media sosial meningkatkan jualan dan kesetiaan pengguna melalui interaksi yang kerap dan perkhidmatan pelanggan yang tepat pada masanya. Ia dapat membantu kita mengenal pasti pilihan yang tepat dan juga peluang perniagaan baru.

  • Memberi servis yang bagus

Kebanyakan pengguna mengharapkan kita mempunya media sosial kerana mengharapkan tindak balas yang cepat dan mudah. Pengguna akan menghargai kita jika kita respon dengan laju. Syarikat-syarikat yang kerap terlibat dalam perkhidmatan pelanggan mendapat keuntungan tahunan yang lebih besar.

  • Meningkatkan trafik laman web dan search ranking

Salah satu kelebihan terbesar media sosial ini adalah ia boleh menaikkan trafik laman web kita. Media sosial akan membimbing pengguna untuk terus ke laman web kita. Kadar traffic yang tinggi akan menaikkan lagi rangking kedudukan kita.

  • Mengetahui kekurangan pesaing kita

Dengan pemantauan media sosial kita boleh mendapatkan maklumat penting tentang pesaing kita. Bagaimana? kita boleh buat aliran carian dalam Hootsuite untuk memantau keyword dalam industri yang berkenaan dengan pesaing kita. Dari situ, kita boleh meningkatkan servis perniagaan kita dengan memberikan kelainan.

  • Berkongsi content dengan lebih cepat dan mudah

Salah satu cabaran terbesar waktu dulu adalah memastikan produk mereka mendapat pendedahan yang meluas. Dengan bantuan media sosial, menyebarkan produk kita sangatlah mudah. Kita cuma perlu share di akaun media social sahaja sudah mencukupi untuk mendapat pendedahan yang meluas.

  • GeoTarget

GeoTarget adalah cara yang bagus untuk menghantar mesej kepada pengguna  berdasarkan lokasi mereka. Kita juga boleh kita hantar mesej ke Facebook mealui Hootsuite dan target post kita mengikut negara tertentu. Geotargeting juga boleh mencari perbualan yang berkaitan dengan produk kita.

  • Membina hubungan

Media sosial merupakan satu platform untuk penjual dan pembeli berinteraksi dengan satu sama lain dengan lebih cepat. Mewujudkan hubungan dengan pelanggan dan membantu mereka sebelum, semasa dan selepas mereka membeli produk/servis dapat menaikkan lagi keuntungan syarikat kita.

 

Kredit: Emily Copp

Get AWESOME Price Now!

Subscribe now and get your special price from us!

We will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

clear formSubmit